Ryan Halligan
18 disember 1989 - 7 oktober 2003
Ryan Patrick Halligan adalah seorang pelajar sekolah di Vermont,Amerika Syarikat.Di sekolah,beberapa kawannya suka mengejek-ejek dia sebagai 'GAY' kerana dia amat lemah dalam bersukan dan lebih berjaya dalam bidang kesenian dan kemahiran.Gangguan itu berterusan ketika Ryan memasuki sekolah tinggi sehingga dia meminta izin daripada bapanya untuk berlatih Taebo kickboxing agar dia dapat mempertahankan diri daripada diganggu oleh kawan-kawan yang lain.Ryan mengaku kepada bapanya bahawa dia dan si pembuli itu akhirnya menjadi kawan.Tetapi,selepas Ryan memberitahu kawannya tentang pemeriksaan yang memalukan kerana dia mengalami sakit perut,dia belajar bahawa pembuli tersebut menyalahgunakan cerita tersebut untuk menyebarkan khabar angin bahawa Ryan adalah 'GAY' .
Selama musim panas pada tahun 2003,Ryan banyak menghabiskan masa dengan online di IM atau Instant Messaging Services tanpa pengetahuan bapanya.Ternyata,di dunia maya pun dia menghadapi gangguan daripada kawan-kawannya.Untuk membuktikan bahawa dirinya bukan seorang gay,Ryan mengajak seorang perempuan yang paling popular disekolahnya,Ashley,keluar bersamanya.Melalui perbualan online,Ashley mengakui bahawa dia menyukai Ryan namun di sekolah gadis tersebut memanggil Ryan dengan panggilan 'Loser'.
Apabila dia mula merasa putus asa,Ryan mula berkomunikasi dengan orang-orang lain di sebuah laman web berkaitan bunuh diri.Ryan mengatakan bahawa dia sedang berfikir untuk melakukan perkara tersebut.Salah satu kawan Ryan juga pernah menjadi mangsa buli di sekolah menyokong idea membunuh diri itu,kerana dia yakin bahawa mereka yang mengganggu Ryan akan menyesal jika Ryan membunuh diri.Akhirnya,pada 7 Oktober 2003,dalam usia 13 tahun,Ryan Halligan mengakhiri hidupnya dengan menggantun dirinya dengan tali leher milik adiknya.Dia mempelajari cara membuat ikatan tali tersebut dan bagaimana cara menggantung diri dari laman web yang khusus membincangkan cara-cara untuk membunuh diri.
Kisah tentang Ryan Halligan salah satu kisah yang menyentuh hati saya,mengingat betapa muda Ryan ketika dia mengambil keputusan untuk menamatkan hidupnya.Kepada ibu bapa,mereka haruslah mengambil peranan sebagai sahabat kepada anak-anak mereka,terutama ketika mereka sedang beranjak ke usia remaja dan mungkin sedang mengalami hal-hal yang tidak menyenangkan di sekitar sekolah dan pergaulan mereka
Kisah Ryan Halligan selengkapnya dapat dibaca di laman web : www.ryanpatrickhalligan.org
No comments:
Post a Comment