Wednesday 8 January 2014

Kasut-Kasut Futsal Kegemaran

Kali ini saya ingin berkongsi mengenai kasut-kasut futsal kegemaran saya setakat ini..

Antara kasut-kasut tersebut adalah :-


Nike Elastico Pro adalah salah satu kasut futsal kegemaran saya.Saya hanya menjumpai kasut ini di laman web pembelian kasut sukan online.Saya tidak menjumpai kasut futsal ini di dalam pasaran Malaysia.


Adidas SuperSala ini telah pun menjadi milik saya sendiri dengan harga RM269.Ketika itu saya sedang mencari kasut futsal untuk digunakan.Kebetulan saya menjumpai kasut ini di sebuah kedai sukan yang bernama Al-Ikhsan.Sehingga kini saya masih menggunakannya.

Setakat itu sahaja cerita tentang kasut-kasut futsal kegemaran saya.Sekian Terima Kasih.



Monday 6 January 2014

Idola Sukan Futsal Saya

FALCAO


Alessandro Rosa Vieira atau dikenali sebagai Falcao adalah seorang pemain futsal professional yang paling popular dalam kalangan pemain futsal.Beliau dilahirkan pada 8 jun 1977  dan dilahirkan di Sao Paolo,Brazil.Posisi beliau dalam permainan futsal adalah sebagai penyerang.

Kelab

  • Young Guns Club Brunswick West 1998 – 2009
  • Club World Championship: 2000
  • South-American Championship: 2001 and 2004
  • Liga Futsal: 2005, 2007, 2008, 2010, 2011 and 2012
  • Liga Nacional: 1999
  • Brazilian Club Cup: 1998, 2003 and 2004
  • São Paulo City Cup: 1995, 1998 and 2002
  • Paulista Championship: 1995, 1997, 2000 and 2001
  • Mineiro Championship: 1999
  • Catarinense Championship: 2003
  • Metropolitan Championship: 1997, 1998, 1999, 2000 and 2001
  • Topper São Paulo Cup: 1997 and 2001
  • Football: Won the Paulista Championship and the Copa Libertadores 2005, with São Paulo Futebol Clube

Pasukan Kebangsaan


Beliau telah menjaringkan 339 gol dalam 201 penampilan untuk pasukan kebangsaan futsal Brazil.
Beliau dikenali kerana kehebatan dalam menggelecek bola dan sepakan bola yang tepat dan padu.

Sesungguhnya,ramai orang telah mempelajari banyak skil-skil menggeleceknya yang terkenal itu.Beliau juga menjadi idola untuk ramai pemain-pemain futsal lain.

Itu sahaja yang saya mampu saya kongsikan berkaitan idola futsal saya,Falcao.
Semoga anda terhibur ketika membaca blog saya,Sekian Terima Kasih.







Pasukan Futsal TJFC

THIS IS TJFC


Ini adalah pasukan futsal saya yang rasmi.Pasukan futsal ini di beri nama TJFC atau Taming Jaya Futsal Club.

Sejarah - Baru sahaja ditubuhkan pada akhir bulan oktober tahun 2013.
             - Nama pengurus bagi pasukan ini adalah Muhd Rafiudin bin Rahmad (21 tahun).
             - Pasukan ini ditubuhkan dengan bantuan oleh En. Toto selaku Pemilik pasukan futsal ini.
             
Ahli Pasukan - Muhd Samsurizal bin Suharto    (19 tahun) -Kapten,pertahanan dan perancang
                       - Fhajir bin Nasir                         (19 tahun) - Pertahanan dan penjaga gol
                       - Muhd Khairul Ikhwan bin Azmi (17 tahun) - Penyerang
                       - Sandi Azizi bin Jalaludin             (19 tahun) - pertahanan
                       - Aidil Aizat bin Mohd Tamazi     (19 tahun) - penjaga gol utama
                       
Pertandingan - disember 2013 - kejohanan DAP Serdang - kalah di suku akhir
                       - disember 2013 - kejohanan terbuka Bangi - kalah di separuh akhir
                       - disember 2013 - kejohanan belia PAS caw. Bangi - juara 

Itulah sedikit sebanyak maklumat mengenai pasukan futsal saya yang baru sahaja ditubuhkan.Pasukan ini akan terus berkembang kerana adanya sesi pemilihan ahli kumpulan dalam waktu terdekat ini.Saya harap anda semua terhibur dengan apa yang disampaikan oleh saya.Sekian Terima Kasih.


Futsal Sebagai Hobi di waktu Lapang

Futsal - dimainkan dengan dua tim.Setiap tim mempunyai seramai 5 anggota termasuk seorang penjaga gawang.Biasanya permainan futsal diadakan selama 15 minit = 7 minit + 1 minit(rehat) + 7 minit.Biasanya kiraan minit ini hanya terdapat pada sesuatu pertandingan.

Kini,futsal semakin digemari ramai kerana permainan ini amat mudah dipelajari dan dipraktikkan.
Bahkan kanak-kanak berusia seawal 7 tahun pun sudah boleh bermain futsal dengan bimbingan daripada seorang jurulatih.Futsal kini telah pun menjadi satu hobi bagi remaja bahkan orang dewasa juga sangat menggemari sukan ini.Hobi ini sesuai dimainkan pada bila-bila masa.

Saya juga adalah salah seorang penggemar sukan futsal ini.Saya mula menggemari sukan futsal ini ketika saya berusia 16 tahun.Saya terjebak dalam sukan ini secara tidak langsung kerana salah seorang kawan saya memerlukan seorang ahli kumpulan untuk kumpulannya dalam satu pertandingan.sSemenjak dari itu,saya mula berlatih dalam sukan futsal ini.Saya boleh bermain dalam dua posisi iaitu pertahanan dan juga penjaga gol.

Setakat itu sahaja yang saya ingin kongsi berkaitan sukan futsal dan juga hobi saya ini.Saya berharap agar pembaca juga boleh menjadikan sukan futsal ini sebagai hobi baru anda.Sekian Terima Kasih.