Futsal - dimainkan dengan dua tim.Setiap tim mempunyai seramai 5 anggota termasuk seorang penjaga gawang.Biasanya permainan futsal diadakan selama 15 minit = 7 minit + 1 minit(rehat) + 7 minit.Biasanya kiraan minit ini hanya terdapat pada sesuatu pertandingan.
Kini,futsal semakin digemari ramai kerana permainan ini amat mudah dipelajari dan dipraktikkan.
Bahkan kanak-kanak berusia seawal 7 tahun pun sudah boleh bermain futsal dengan bimbingan daripada seorang jurulatih.Futsal kini telah pun menjadi satu hobi bagi remaja bahkan orang dewasa juga sangat menggemari sukan ini.Hobi ini sesuai dimainkan pada bila-bila masa.
Saya juga adalah salah seorang penggemar sukan futsal ini.Saya mula menggemari sukan futsal ini ketika saya berusia 16 tahun.Saya terjebak dalam sukan ini secara tidak langsung kerana salah seorang kawan saya memerlukan seorang ahli kumpulan untuk kumpulannya dalam satu pertandingan.sSemenjak dari itu,saya mula berlatih dalam sukan futsal ini.Saya boleh bermain dalam dua posisi iaitu pertahanan dan juga penjaga gol.
Setakat itu sahaja yang saya ingin kongsi berkaitan sukan futsal dan juga hobi saya ini.Saya berharap agar pembaca juga boleh menjadikan sukan futsal ini sebagai hobi baru anda.Sekian Terima Kasih.
No comments:
Post a Comment